Pertama kali aku kenal dia pada tahun 2012 hanya melalui media burung biru (twitter) yang dulunya femes. Aku hanya melayan media tersebut bila aku rasa bosan dan sunyi, tapi aku bukan seorang yang kaki berchit- chat sangat dan bukan jenis yang melepak tetapi aku suka bersukan. Bila down mula lah hiking, jogging, marathon, busy training dan segala sukan yang boleh buat hati tenang. Paling Favorite MAKAN dan MAKANNN. Masa tu aku belajar dekat Perak sanggup keluar tengah malam atau 3am semata- mata beli MCD tapi dia pulak dekat Johor masa tu, apa hobi dia aku tak tahu. Kawan je pun buat apa nak sebuk ambik tahu, karang setempek kata penyebok haha
Macam mana boleh mula chitchat?
OH!! untuk dipersoaalkan macam mana boleh bermulanya chitchat tu .... sebenarnya aku yang mula dulu tegur sebab aku ternampak dia ada post tentang SUKIPT dan kebetulan pulak mutual friend tu ada sorang kenalan KASUKMA yang rapat (perempuan okay! bukan lelaki), aku tak pernah ada kawan lelaki yang aktif sukan. Dia ni masa tu join SUKIPT dan aku pulak baru habis KASUKMA. Kami borak tentang sukan, dia layankan je aku, tak lama lepastu aku diam.
Macam biasalah, aku akan muncul dekat twitter tu bila aku rasa bosan, sunyi atau stress. Bila aku muncul je dia yang akan reply statement twitter aku tu. Pada masa ni aku betul- betul tengah serabut, aku layan lagu dan post lepastu dia sambung nanyi.. boleh gitu? haha sampai tak sedar lagu bertukar2 teka. Lama- lama hilang stress aku layan dia, aku pun off twitter sambung buat kerja. haaaa tu lah life masa dulu dekat perak... life bosan habis asyek mengadap kerja. Kawan lain melepak, pergi club over night bagai. haha Lama- kelamaan kitorang chit-chat macam biasa tapi hanya bila aku online je lah. Tapi yang peliknya, aku tak tahu kenapa setiap kali aku online dan post statement mesti dia online masa tu. Sampai aku sendiri terfikir, dia ni penjaga twitter ke macam mana? ke dia ni tak ada kerja lain? ada je tweet dia bagi.. haha aku pun mula lah "stalk" dia ni. Tiba- tiba nak tahu siapa dia ni, ada je bila aku rasa serabut lepastu mula lah layan aku. ahahaha aku buka media dia, nampak gambar team bola yang nama kura- kura apa tahhh tak ingat. huhu aku confuse dia mana satu tapi instinct kuat mengatakan yang tinggi lampai dan kurussss tu haha
Bila mula berjumpa?
Bilaaaa? June 2013 lah tahun pertama pertemuan.. Siapa ajak? aku lagi yang ajak sebenarnya, cerita dia kitorang tengah internship masa tu dan kebetulan dia pulak kerja dekat dengan aku, masa lunch aku saje je la ajak pergi lunch tak ada pun take serious tapi tak sangka pulak dia betul- betul muncul depan office aku. Serious tak sangka tapi entah aku exited haha pergi lunch dan borak tapi ada benda aku tak rasa malu gila segan dan haishhh tak tahu nak kata macam mana rasa tu sebab aku dengan tak sengaja tertepuk lengan dia (berlapik okay) .. tak pernah weh aku buat dekat orang lain, paling tidak pun aku ketuk meja atau ketuk sudu dekat pinggan. Malu aku tu habis cover macam takda apa- apa berlaku sampai naik atas dekat offis, berpeluh MashaAllah macam ofis tu tak ada aircond hahaaha aku pun diam kan diri je, dia whtssp semua aku tak balas sebab malu punya pasal.. aku diam sampai lah August 14th .. Birthday dia masa ni sebenarnya, acah- acah surprise tapi belanja makan je, pertama kali woi buat surprise belanja birthday bagai ni. haha hati ni suka tapi rasa macam bertepuk sebelah tidak berbunyi, apa lagi.. diam je la sampai 2014
2014?
rasanya masa tahun ni macam mana pulak? ahaha
Paling comel lah yang aku tak boleh lupa.. panggilan yang tiba- tiba dia panggil dekat dalam twitter haha lepastu on the phone dengan dia suruh dia mengaku heart feeling dia lepastu phone mati tiba- tiba sebab credit habis bila dia nak tanya aku pulak. haha serious tak boleh lupa. comel sangat ahaha
apa lagi eh?... hahaha nak cerita banyak pulak. malu dan pelbagai.
bergaduh? suka duka? biasalah.. kehidupan kita ni tk ada yng sempurna tetapi apapun susah senang biarlah bersama, jangan la hidup nak selfish aje.
semoga dpermudahkan segala urusan aku dunia dan akhirat. inshaAllah.. amin
_nams